Free Palestine! Boycott selagi mampu!
Saturday, 9 December 2017 | 12:05 am | 10 comments
Helo! Harap-harap semua readers ada dalam keadaan yang selamat dan sihat-sihat saja. Semua orang mesti dah tahu tentang berita bahawa Baitulmaqdis akan menjadi ibu negara Israel. Kalau tak tahu tu memang duduk bawah tempurung besilah.
Siapa tak kenal dengan presiden Amerika, Donald Trump? Trump telah pun mengiktirafkan bahawa Baitulmaqdis akan menjadi ibu negara Israel. Lepas dengar sahaja berita tentang ni, rasa terkejut tu memang tak terhingga. What is going on right now!!??
Perdana menteri Israel tu menyambut pengumuman Trump tu sebagai Peristiwa bersejarah . Nak tergelakkan? Tapikan, hubungan rapat AS dengan dengan negara lain macam Britain atau Perancis dah jadi sangat kritikal.
Presiden Palestine, Mahmoud Abbas berkata AS melepaskan peranan sebagai orang tengah dalam inisiatif damai, dan puak sekular dan Islamis meminta mogok dan diadakan perhimpunan.
Untuk pengetahuan readers, banyak negara yang tidak setuju dengan pengiktirafan yang kononnya amat bersejarah itu.
See, kalau nak tahu berita selanjutnya tentang berita ni, boleh baca dekat sini
Tujuan entri ni ditulis bukannya apa. Sebagai saudara Islam, walaupun kita tak boleh nak bantu orang-orang Palestine di sana tu, kita boleh tolong mereka dengan beberapa cara.
Kita boleh sahaja berdoa untuk keamanan mereka. Lepas solat tu, rajinkanlah diri tu. Doakanlah untuk mereka. Hanya Allah SWT sahaja tempat kita memohon segalanya.
Bukan itu sahaja, apa sahaja bentuk yang menyalurkan duit kepada Israel tu, boikot jalah! Tak kiralah, makanankah, minumankah, pakaiankah, macam-macamlah....tolonglah boikot. Tak payah nak pergi salurkan duit tu kepada mereka bagi menyerang orang-orang Islam kat sana.
Kalau perkara yang macam tu pun kita tak boleh nak tolong, siapalah kita? Bergunakah kita? Memalukan jalah. Dengar MCD keluarkan ayam goreng entah apa-apa, semua orang pergi macam tak pernah makan. Bukannya sedap. Ayam entah dari mana. Tak tahu sembelih baca bismillah ka tak. Kita ni pi beli dan makan ja. Oi, matikah kalau tak dapat makan MCD?
Readers pun confirm tau benda apa lagi yang menyalurkan duit ke Israel untuk bom saudara Islam kita kat sana.
Dengan ini, saya berharap sangat agar kita sama-sama doa untuk kesejahteraan Palestine! Doa adalah senjata orang Islam! Allah SWT itu maha segalanya. Jaga diri selalu. Jumpa pada entri seterusnya. Keep smiling because it's sunnah! Bye! :)