Not studying as hard as thought
Saturday, 25 March 2017 | 9:36 pm | 7 comments
Hello lama tak buka blog! Tiba-tiba rasa nak update entri hari ni. Sebab saya tak buka blog ni sebenarnya bukannya apa pun. Cuma rasa malas nak tulis entri. Tak ada topik yang nak ditulis dalam blog ni.
Belajar? Belajar juga tapi taklah segigih mana. Pada saya, masa UPSR dulu lagi gigih belajar padahal PT3 lagi susah. Baguskan?
Entahlah, sekarang ni rasa teruk. Memang teruk. Parents pun asyik marah ja. Tapi entahlah, belajar pun biasa-biasa sahaja. Tengok tv ja banyak. Dahlah pelajaran sekarang ni pun menurun mendadak! Lagi-lagi math. T^T
Masih tak sedar diri! Dah tahu diri tu lemah, still nak main-main lagi! Memang entah apa-apa!
Jadi, sebab lama tak buka blog ni bukannya sebab study hard...
sebab malas nak update entri!
sebab tak ada ideal nak cerita tentang apa dalam blog ni!
Cuma boleh letak quote jalah! Itu pun kadang-kala quote yang membosankan! π
Itu jalah... Dah tak ada apa-apa nak ditulis. Assalamualaikum!