You can dreams, you can do itγ»οΎβ§
Tuesday, 17 January 2017 | 6:01 pm | 0 comments
Hello! Semua orang ada impian masing-masing! Memang tipulah kalau kata tak ada cita-cita. Tapi bukan itu yang saya nak tulis untuk entri hari ni sebab dah banyak jugalah entri asyik cerita tentang ni.
Kalau kita boleh impikannya, kenapa kita tak boleh capainya? Pernah tak terfikir. Kita nak jadi something yang berguna, tetapi last, last jadi orang biasa sahaja. Sebab? Maybe ada hikmah di sebalik kejadian, usahanya kurang atau sekadar angan-angan!
Saya taklah pandai, Taklah sepandai readers semua. Saya betul-betul serius! Tapi, tujuan entri ni ditulis hanyalah mahu kembalikan semangat saya yang semakin mengendur! Sebab adalah satu hari ni saya duduk seorang diri dan terfikir juga, saya ni bolehkah capai impian dengan tak pandai macam ni?
Tapi, bila ingat balik, yang ia masih belum terlambat untuk jadi pandai atau berguna, jadi, saya cuba juga nak potong kawan-kawan yang lagi pandai dari saya. Serius, saya memang cemburu sangat dengan kawan baik yang lagi pandai dari saya. Saya cuba nak kejar dan potong dia! Except, kalau rasa diri ni memang tak mampu, itu belakang kira! Faham tak apa yang saya cuba sampaikan?
Kalau tak faham, tak apalah, Tak penting pun sebenarnya! Kita beralih ke topik yang lain tapi tak lari dari tajuk!
Ada seorang, dua orang ni ada ketawakan impian saya! Nama dirahsiakan! Tak jahat pun depa tu, cuma macam nak melawak tapi ada terasa juga sikit. T^T
Impian apa? Rasanya taj perlu tulis!
Tapi satu quote ni ada saya ambil dari cerita kartun ni. Tak payah tanya kartun apa, tengok background, semua tahu kartun apa!
Yang 'a' tu sorry ya silap! Sepatutnya 'an'!
Ok, jadi tak payahlah ketawa sebab tak mustahil untuk impian tu jadi nyata! Setuju tak dengan pendapat saya ni!?
Tak payah nak ketawa! Ingat impian kita semua bagus sangatkah?! {Marah!} Memanglah bagus! Tapi, jangan pandang rendah pada impian dan kebolehan orang lain! Itukan natural! Semua manusia dihadiahkan oleh Allah SWT dengan kebolehan yang tersendiri!
And, lagi satu baca quote ni!
Betulkan? Kalau asyik impikan sesuatu tetapi tak buat apa-apa dipanggil apa? Ia dipanggil berangan! Macam saya yang dulu. Nak jadi, ini, itu, tapi tak ambil apa-apa langkah pun nak jadikan ia nyata! Memang kena sedar!
Kesimpulannya, semua orang boleh impikan apa yang dia nak tapi kenalah usaha untuk buatkan ia jadi realiti. Jangan asyik jadikan ia sekadar fantasi! So, itu sahaja untuk kali ni. Assalamualaikum! Jaga diri selalu!