Novel after pt3?
Sunday, 8 January 2017 | 6:22 pm | 0 comments
Hello dan salam sejahtera. So, untuk entri pada hari ni, tak nak tulis panjang-panjang. Buka entri ni pun just nak beritahu tentang novel yang selalu saya tulis di blog ni . Sebab still ada lagi yang tanya tentang novel.
So, untuk pengetahuan readers semua, saya tidak akan menulis novel buat masa ni kerana lebih nak fokus pada peperiksaan PT3 saya. You know that it was really important for form 3's student like me! (Sorry kalau salah sikit penggunaan ayat BI)
Kalau nak kira balik, memang tak ada masa untuk main-main lagi. Tapi macam biasalah, saya tetap main walaupun tak buka blog ni. Maksud saya sekarang ni, saya tak study sangat! Adalah study, dalam dua jam macam tu sahaja.
Nak katakan, pada siapa-siapa yang study dua jam tu, bukannya apa, memang tak cukup setakat dua jam! Ia kena berjam-jam untuk study sebab ramai yang kata, PT3 lagi susah dari SPM. Cuba imagine macam mana susahnya ia!
Sebab itulah saya rasa memang tak ada masa untuk update novel. Memang minta maaf. Habis PT3, baru boleh sambung menulis novel balik. Dan, saya pun tahu pada calon-calon PT3 yang lain pasti memahami. :)
So, itu sahaja untuk entri saya buat hari ni. Insya-Allah, kalau dipanjangkan umur, akan saya update entri di blog ni. Assalamualaikum dan jumpa lagi!