New year!
Sunday, 1 January 2017 | 12:18 am | 0 comments
Subete no kon'nichiwa! Yeah! Bye 2016! Selamat datang 2017! Kini hari ni dah masuk tarikh 1 Januari 2017 dan pasti semua orang dah ada azam baru! Atau still ada yang tak nak berubah? Saya pun ada azam baru juga!
So, untuk entri kali ni jugalah saya nak tulis yang maybe untuk tahun baru ni, saya jarang nak update blog! Sebab? Sebabnya PT3 tahun ni jadi tak naklah buang masa asyik update blog ja. Update blog tu boleh tapi jangan terlebih sangat!
Kalau setakat nak letak quotes tu saya bolehlah. Kalau macam nak tulis novel dekat blog sini memang minta maaf sangat-sangat! Tak boleh! Habis PT3, bolehlah sambung menulis novel balik.
Jadi, itu sahaja untuk entri kali ni. Saya nak ucapkan selamat menyambut awal tahun. Moga kita dapat mengumpul azam baru dan berubah! Kalau selalu main-main tu, cubalah untuk berusaha dengan gigih.
Kalau asyik tinggal-tinggal solat, cubalah untuk solat lima waktu sehari penuh. Lama-lama pasti rasa biasa! Insya-Allah!
So, itu sahaja yang saya nak tulis untuk entri kali ni. Assalamualaikum dan jumpa lagi pada entri yang akan datang!