π’Ύπ“π“π’Άπ“‰π“Ž π“ˆπ‘’π“‡π’Άπ“…π’½π’Ύπ“ƒπ‘’ β™‘
Info? Social? Happy?
Sunday, 20 November 2016 | 5:49 pm | 0 comments


   Rasa pelik dengan orang zaman sekarang! Memang serius rasa pelik! Bukan semua. Sesetengah sahaja !Kenapa? Kalau nak tahu, teruskan baca entri ni sampai ke penghujungnya.

   Siapa yang tak ada facebook? Rasanya kebanyakkannya pasti ada facebook! Saya? Bukannya nak tipu! Tapi memang itu kenyataan, saya tak ada facebook apatah lagi instagram, twitter dan sebagainya. Tak pernah kisah nak dikatakan kolot atau ketinggalan zaman! Saya tak pernah ambil kisah dengan semua itu!

   Pada saya, facebook ada kebaikan dan keburukkan! Kebaikannya, boleh jumpa member lama, dapat lebih ramai kawan! Keburukkannya, boleh menganggu pekerjaan dan menyebabkan ketagihan sebab semua benda dan hal yang berlaku padanya, nak disharekan dekat facebook!

   Lainlah kalau letak info-info terkini! Info-info yang berkaitan dengan hal dunia zaman sekarang. Memang mendatangkan kebaikkan! Tapi, malangnya, tak ramai yang likes!

   Sangat pelik, bila orang letak foto diorang pergi holiday dekat sana, sini! Ramai gila yang likes! Letak foto diorang masak mihun sup, mi udang, nasi goreng, mi goreng, ramai yang likes! Letak foto selfie dengan macam-macam jenis style macam jelir lidah, muncung mulut, tutup muka, tutup mulut, telinga, orang likes, memang banyak gilalah yang likes!
 
   Tapi, kalau kita letak info terkini macam orang sakit yang memerlukan bantuan, anak-anak terbuang, orang yang kebuluran, binatang teraniaya, semuanya buat endah, tak endah! Semuanya macam tak ambil peduli!

   Sekarang ni pun dah ada banyak kes kena tipu! Banyak budak-budak perempuan yang seusia saya ditipu dan diperkosa akibat berkenalan dengan lelaki yang tidak dikenali di media sosial! Yang hairannya, berani sungguh sampai sanggup berjumpa dengan orang yang tidak dikenali itu di luar!

   Jadi, kita perlulah fikirkan tentang perkara ni. Jangan terlalu gembira sangat sebab dunia sekarang ini pun seperti sudah huru-hara! Tak kisah kalau nak tunjuk foto kita pergi holiday, jangan lebih sangat sampai menyebabkan orang menyampah!

   Tak salah juga kalau nak tunjuk foto sendiri tapi cara pemakaian haruslah sopan! Pada perempuan, janganlah over sangat dan jangan selalu sangat menayang diri.

   And lagi satu, buat apa sampai semua perkara kita nak cerita dekat semua orang! Tak akanlah sampai tak private langsung! Tak akanlah apa yang berlaku pada kehidupan seharian, kita nak cerita dan heboh pada satu dunia?

   So, itu sahaja entri yang saya nak tulis! Kalau tak berpuas hati, boleh komen tapi kena sopan! Nak komen, dipersilakan, tak nak pun tak apa! Kalau ok dengan saya, saya ok juga. Kalau kurang ajar dengan saya, saya pun kurang ajar juga. Semua manusia tak perfect!

   Just that for today! Assalamualaikum dan jumpa lagi pada entri yang akan datang! Selamat berhujung minggu!


Older Post | Newer Post
The writer
Izzaty Sarafina. She too will go away, ringing, when the momentary dream is dreamt



☾

It's forever #freemypalestine πŸ‡΅πŸ‡Έ






Wishes
master guitar chords of beautiful ruin by jhene aiko
buy ari fragrance by ariana grande
buy a new digital camera



Credits
Skin By : Ieyda
Basecode : Cikin
Theme : My Everything
Icon : closxdmind
Edited By : izzaty
The author : izzaty



Social Medias
Instagram : izzatyseraphine
Digitalcamdumpgram: tutidalamlabu


✧˚ · . ୨୧ Follow | Novels