Selamat hari kemerdekaan ya ke_59!
Wednesday, 31 August 2016 | 6:58 pm | 1 comments
Hai dan salam sejahtera kepada readers yang sudi membaca entri pada kali ini! Yeah! Hari ni 31 Ogos! Sepatutnya, kesemua rakyat Malaysia harus berbangga sebab hari nilah Malaysia telah merdeka!
And, lagi satu! CUTI SEKOLAH! :)
Tapikan semua, walaupun kita semua dah merdeka, dah tak dijajah! Cuba fikir balik! Fikir sekali lagi! Fikir masak-masak! Rasanya, fikiran kita ni masih dijajah!
Ya! Fikiran kita ni masih dijajah! Dijajah dengan budaya-budaya barat! Nak tahu dari segi yang macam mana? Jom saya nak cerita!
Hari ni nak jadi penceramah sekejap!
Ok, kalau saya cerita ni, jangan pula ada yang berkecil hati sebab apa yang saya cerita ni memang betul! Kalau ada yang terasa tu, memang betul-betul minta maaf dan pilih jalan untuk berubah!
Pakaian yang tak senonoh! (Lebih-lebih lagi perempuan!)
Ok, inilah yang first sekali nak cerita! Pakaian yang tak senonoh! Nak sangat ikut fashion terkini! Nak sangat ikut style yang macam orang-orang barat pakai!
Kononnya yang berhijab dengan betul ni macam ketinggalan zaman! Comot! Tak ada style! Pernah tak kena kata macam ni dari kawan-kawan!? Maybe pernah! Ada juga yang tak pernah sebab kawan-kawan semua macam dia juga!
Nak tanya? Aurat perempuan apa ya! Tutup semua kecuali muka dengan tangan! Senang jakan? Pakai baju yang besar, tudung labuh, pakai sarung lengan, pakai stokin! Memang tak susah! Ada yang merungut panas! Wahai cik adik yang manis, biar panas di dunia, jangan panas di akhirat!
Tak perlulah sampai nak berpurdah! Sebab muka ni bukannya aurat! So, tak dosa pun kalau tak pakai! Jangan salah anggap ya!
Nak pakai tudung berstyle pun tak salah sebenarnya! Ramai yang kata tak bolehlah, tulah, nilah! Ok, bertudung ni tak wajib! Tutup aurat tu yang wajib! So, nak pakai apa pun tak apa asalkan tutup dada!
And, lagi satu ada juga orang yang berhijab tapi salah! Baju ketat, seluar ketat, nampak susuk tubuh! Tudung pendek tak lepasi dada! Seumpama tidak berpakaian! Jadi ini adalah salah-satu dari budaya-budaya barat yang telah menguasai fikiran orang ramai!
Biarlah orang nak kata burukkah, macam orang kampungkah! Tak payah ambil kisah! Biar nampak buruk di muka orang tetapi nampak indah dan cantik di hadapan Allah SWT! :)
Ok, bukan tu ja! Bila hari merdeka ja, sure ada konsertlah, pesta! Macam-macam! Sepatutnya, orang Islam di Malaysia harus buat kenduri kesyukuran! Bersyukur kerana negara kita ni sudah tidak dijajah!
Sebenarnya banyak lagi tapi masa macam tak izinkan! Jadi lain-lain kali jalah ya!
So, tu jalah untuk hari ni! Hope semuanya sedarlah ya! Nasihat ni bukan untuk readers semua ja, untuk saya juga! Jadi selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 59! Alhamdulillah! Bersyukurlah Malaysia sudah tidak dijajah! Dan tolonglah jangan bagi fikiran kita dijajah pula! Buanglah budaya-budaya barat yang tidak senonoh dan tidak sopan!
Jadi! Sekali lagi saya nak ucapkan selamat hari kemerdekaan yang ke 59! Terima kasih dan jumpa lagi pada entri yang akan akan datang!
Hari ni birthday yaya jugakan? Happy birthday my friends! :)