Azam tahun baru!
Saturday, 26 December 2015 | 4:49 pm | 0 comments
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada kesemua pengunjung Blog pink novelistar! Masa berjalan terlalu cepat . Pejam celik-pejam celik, sudah mahu masuk tahun baru iaitu tahun 2016! Cuba fikir balik dan ingat semula, apa yang kita buat sepanjang tahun ni . Ada tak kebaikan yang kita buat?Saya rasa nak tanam azam barulah! Faham tak apa maksud TANAM AZAM BARU??? Hah, dahulu pun saya tak faham . Tetapi maksud azam tu saya tahulah . Tetapi yang lurusnya, saya tulis azam saya di atas sekeping kertas kecil . Saya tulislah yang saya nak BELAJAR DENGAN BERSUNGGUH-SUNGGUH . Lepas tu saya lipat kertas itu dan tanamnya di hadapan rumah saya . Bengap tak? Bengap kan!!!
Sambung pada kisah yang realiti . Azam tahun baru saya adalah yang saya nak belajar dengan bersungguh-sungguh untuk PT3 pada tahun 2017! Memanglah masih lama tetapi saya harus bersiap sedia! Abang saya skor 3A dalam PT3! Pandaikan dia! Saya pun nak jadi macam dia!
Bukan tu sahaja . Saya pun tak nak tinggal solat . Yalah, kalau nak belajar dan berjaya, kita kenalah solat dan berdoa kepada Allah SWT . Barulah berjaya kan! Itu sahajalah entri saya pada kali ini . Kita bertemu lagi pada entri yang akan datang . Itu sahaja .
Wear hijab, love Allah SWT and Rasulullah SAW . Ac like a lady think like a boss . Assalamualaikum dan jumpa lagi! Take care!