π’Ύπ“π“π’Άπ“‰π“Ž π“ˆπ‘’π“‡π’Άπ“…π’½π’Ύπ“ƒπ‘’ β™‘
Minat??
Sunday, 18 June 2017 | 4:56 pm | 6 comments


 Hiii! Ok, tiba-tiba rasa macam nak update blog dan cerita pasal minat. Minat?? Apa benda tu?? Semua orang asyik sebut minat, minat, MINAT!! Tapi apa tu?? Oklah, rasanya tak payah nak panjangkan cerita, semua orang tahu benda tu. Jadi, rasanya tak perlulah nak tulis apa maksud minat. :p

 Saya ada dapat satu soalan yang saya rasa pelik sangat dari seorang budak. (Jangan marah ya! For me, the question really weird!)

 Jadi, sebagai bukti soalan itu diajukan ada dan telah discreenshot!


 Ok, kalau tak jelas hanya klik imej tu. Dia ada tanya, adakah saya tulis novel ni sebab minat atau terpaksa?

 Sebelum ni saya nak story dulu. Saya ni memang suka menulis tapi malangnya tak ada sesiapa pun yang sudi baca novel saya. Dulu adalah cuba buat komik tapi merepek sahaja :(

 Dan sampailah saya rasa jadi blogger ni memang best sebab inspirasi saya adalah kak Ain Maisarah. Yalah, kak Ain Maisarah ada blog dan saya terfikir nak jadi blogger juga dan mula buka blog yang bertajuk 'Novelistar cilik'. Serius blog dulu simple gila dari sekarang! Malangnya saya tak screenshot. Kalau tak boleh tunjuk.

 Dulu saya tak tau langsung fasal html kode, cara nak buat header, letak cbox dalam blog, cari background yang comel-comel dan banyak lagilah widget yang super kawaii!!

 Tapi, saya try search dan search tutorial. Saya search dan search! Akhirnya sampai jadi macam sekarang! Rasa macam segala usaha selama ni mendatangkan hasil. Alhamdulillah! :')

 And because of that, saya faham macam mana rasanya begitu susah nak dapat something. Kena usaha macam ni. Macam tu juga dengan study but sampai sekarang saya jarang study sebab selalu tengok ANIMAX! Serius cakap, cerita dekat Animax semua best sampai tak tau bila nak tutup channel tu!

 Wow, nampaknya story kena tutup sekarang. Berbalik pada tajuk. minat! Adakah minat atau terpaksa. Sudah tentulah minat. Mana ada tak minat. Sememangnya menulis merupakan hobi saya. Jadi, jangan buat saya rasa bersalah pula! :(((

 Panjangkah entri kali ni? Jawapannya hanya itu sahaja. Kisah yang over ja banyak diceritakan! Jadi, itu sahaja untuk entri kali ni. Terima kasih sudi membaca. Kalau ada masa lagi saya update entri! Assalamualaikum dan jaga diri ya!!

Older Post | Newer Post
The writer
Izzaty Sarafina. She too will go away, ringing, when the momentary dream is dreamt



☾

It's forever #freemypalestine πŸ‡΅πŸ‡Έ






Wishes
master guitar chords of beautiful ruin by jhene aiko
buy ari fragrance by ariana grande
buy a new digital camera



Credits
Skin By : Ieyda
Basecode : Cikin
Theme : My Everything
Icon : closxdmind
Edited By : izzaty
The author : izzaty



Social Medias
Instagram : izzatyseraphine
Digitalcamdumpgram: tutidalamlabu


✧˚ · . ୨୧ Follow | Novels